Pilihan adaptasi sosial Adaptasi perubahan iklim

Meningkatkan kapasiti adaptif

Kapasiti adaptif merupakan keupayaan satu sistem (manusia atau semula jadi) untuk menyesuaikan sistem tersebut dengan perubahan iklim untuk meredakan kemusnahan yang berpotensi, mengambil kesempatan atau menghadapi akibat.[36] Kapasiti adaptif juga boleh merangkumi kapasiti untuk menghasilkan, menggunakan secara meluas dan membangunkan teknologi penyejukan untuk melindungi masyarakat daripada suhu ekstrem.

Kegiatan-kegiatan yang menggalakkan pembangunan mampan juga boleh meningkatkan kapasiti adaptif manusia. Kegiatan ini termasuklah meningkatkan akses kepada sumber, mengurangkan kemiskinan, mengurangkan ketaksaksamaan sumber dan kekayaan dalam kalangan masyarakat, menambah baik pendidikan dan maklumat, menaik taraf infrastruktur, meningkatkan kapasiti dan keberkesanan institusi serta menggalakkan amalan, ilmu dan pengalaman peribumi tempatan.[37] Terdapat juga individu yang mencadangkan bahawa ketaksamaan jantina juga perlu ditangani pada masa yang sama;[38] misalnya melibatkan wanita dalam proses membuat keputusan dan meningkatkan taraf pendidikan wanita.[39]

Penyelidik Institut Pembangunan Sebarang Laut mendapati bahawa campur tangan pembangunan untuk meningkatan kapasiti adaptif tidak semestinya meningkatkan agensi penduduk tempatan.[40] Mereka berpendapat bahawa pendekatan adaptasi haruslah lebih memfokuskan kepada meningkatkan agensi peduduk kerana agensi merupakan faktor utama bagi aspek kapasiti adaptif yang lain. Pemilikan aset dan keupayaan untuk mengubah sumber ini melalui institusi dan pasaran adalah sangat penting untuk meningkatkan agensi penduduk.[41]

Penghijrahan

Kerajaan Kiribati sedang menangani ancaman perubahan iklim di Kiribati melalui Program Adaptasi Kiribati. Negara kepulauan di Pasifik adalah lebih terdedah terhadap kenaikan aras laut.

Penghijrahan boleh dinampak sebagai satu pendekatan adaptasi: penduduk boleh menjana lebih banyak pendapatan, mempelbagaikan reseki, dan mengurangkan risiko iklim.[42] Penghijrahan penduduk merupakan satu isu hak asasi manusia dan keselamatan negara.[43] Kedua-dua isu ini boleh diatasi dengan penggubalan undang-undang dan dasar kerajaan yang mengambil kira kebimbangan keselamatan negara dan memelihara hak asasi manusia.[44]

Penghijrah juga memerlukan akses kepada modal sosial dan kewangan, seperti jaringan sokongan di destinasinya dan wang atau sumber fizikal untuk berhijrah. Di Africa, jaringan sosial penghijrah boleh bantu membina modal sosial untuk meningkatkan ketahanan sosial dalam komuniti tersebut dan mencetus inovasi merentas wilayah dengan pemindahan ilmu, teknologi, kiriman wang dan sumber lain.[45] Mozambique dan Zimbabwe merupakan antara negara yang telah melaksanakan dasar penempatan semula yang telah mengurangkan pendedahan populasinya terhadap bencana alam.[46]

Penghijrahan ekosistem

Penghijrahan terbantu merupakan tindakan memindah tumbuhan atau haiwan ke habitat yang berbeza. Spesies tersebut mungkin atau mungkin tidak pernah menetap di habitat destinasi. Satu-satunya syarat bagi pemilihan habitat destinasi ialah kawasan tersebut perlu mempunyai keadaan bioiklim yang diperlukan untuk menyokong spesies tersebut. Tujuan penghijrahan terbantu ialah memindahkan spesies daripada persekitaran yang mengacam dan memberikan peluang kepada mereka untuk hidup dan membiak dalam satu persekitaran yang tidak memberikan ancaman kepada mereka.[47]

Insurans

  • Akses untuk insurans semula boleh meningkatkan ketahanan bandar.[48]
  • Sekira wujudnya kegagalan dalam pasaran insurans swasta, sektor awam boleh mensubsidi premium.[49]
  • Pemindahan risiko kepada orang awam tidak mengurangkan risiko keseluruhan
  • Kerajaan boleh membahagikan kos kehilangan merentas masa dan bukannya ruang
  • Kerajaan boleh memaksa pemilik rumah di kawasan berisiko rendah untuk mensubsidi silang premium insurans di kawasan berisiko tinggi
  • Subsidi silang telah menjadi lebih sukar bagi syarikat insurans swasta yang beroperasi dalam pasaran yang kompetitif
  • Kerajaan boleh mengutip cukai daripada rakyat untuk membayar bencana masa depan.

Rujukan

WikiPedia: Adaptasi perubahan iklim http://www.ipcc.ch/pdf/assessment-report/ar4/wg2/a... http://www.ipcc.ch/publications_and_data/ar4/wg2/e... http://dotearth.blogs.nytimes.com/2011/05/23/citie... http://www.scientificamerican.com/article/all-clim... http://www.swissre.com/rethinking/climate_and_natu... http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/j.1759-... http://www.geog.psu.edu/pdf/Smit_Wandel_GEC.pdf http://epa.gov/climatechange/effects/downloads/ada... http://www.epa.gov/eims/global/clim_res.pdf //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/17391179